ATASI MASALAH JERAWAT ANDA SEAWAL 3 HARI!
10,000 orang yang dahulunya muka penuh berjerawat, sudah tidak lagi berjerawat selepas guna Sabun MZ. 3x Lebih Berkesan! 3x Lebih Pantas! 3x Lebih Universal! >>>KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

6 Kesilapan Dalam Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Menghilangkan Masalah Jerawat.

Sebenarnya semua orang dikalangan anda juga nak kulit muka yang halus dan licin, tetapi kebanyakkan orang sedang menggunakan cara yang silap dalam menjaga kulit muka mereka.
Mereka tidak tahu, sebenarnya selain faktor ketidak seimbangan hormon dan faktor genetik, mereka juga perlu mengubahkan tabiat buruk mereka yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak demi menikmati kulit muka yang sihat dan cantik.
Jadi untuk menikmati kulit muka yang sihat dan cantik, terdapat 6 kesilapan dalam menjaga kulit muka yang anda perlu elakkan. Iaitu :
  • Ramai orang membersihkan muka terlalu kerap dengan mengharapkan kulit muka akan sentiasa kering dan jerawat akan cepat hilang. Sebenarnya, cara ini adalah satu kesilapan, cara ini tidak akan mencepatkan jerawat hilang sebaliknya menjadikan kulit muka anda semakin berminyak dan berjerawat. Cara yang tepat adalah cuci muka anda dengan “cleanser” dua kali sehari sudah mencukupi iaitu pagi sekali dan sebelum tidur sekali.
  • Terdapat sebilangan orang percaya jika sering menyental kulit muka dengan scrub akan menghilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan, sebenarnya cara ini tidak kerana jika anda sering berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar, ini akan menyebabkan keadaan kulit muka anda semakin teruk kerana kulit muka akan gatal. Sebenarnya, anda hanya perlu berscrub setiap minggu sekali atau tiga kali seminggu sahaja dengan menggunakan scrub yang halus tekstur dan mengurut lembut ke muka anda dan bilas dengan air suam.
  • Jika anda sering membuat aktiviti berat yang menjadikan badan anda termasuk muka berpeluh kuat, anda perlu selalu lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda, cara yang paling baik iaitu lepas lap muka anda dan berehat sebentar baru pergi menbersihkan muka anda dan mandi terus.
  • Picit jerawat adalah perlakuan yang sangat normal, apabila anda dapati muka anda ada jerawat, tangan anda mula merayap nak memicit. Sebenarnya, anda tahu atau tidak? Tabiat picit jerawat dengan kuku anda akan memburukkan keadaan kulit muka dan tinggalkan parut. Jadi anda perlu mengubahkan tabiat buruk tersebut secepat mungkin.
  • Ramai orang akan menggunakan shampoo rambut semasa mandi, sebenarnya bershampoo tidak salah tetapi apabila shampoo rambut terkena dengan muka anda, ia akan menyebabkan kulit muka anda berjerawat. Sebab shampoo rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jadi anda perlu pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka semasa anda mandi.
  • Demi mendapatkan kecantikkan kulit muka, bermula anda perlu mengurangkan memakan makanan berminyak kerana makanan berminyak atau goreng boleh menyebabkan kulit muka anda berjerawat dan muka anda akan semakin berminyak. Jadi amalkan makanan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak hari.

6 Langkah Yang Mudah Dan Betul Untuk Picit Jerawat Anda.

Kami faham perasaan anda apabila terdapat jerawat bertumbuh di muka anda, anda akan berasa tidak tidak selesa dan juga rasa stress. Rasa geram nak picit sajalah, tangan anda pun bermula merayap dan pegang pegang jerawat tersebut.
Ramai orang antara kita suka picit jerawat dengan kuku mereka sebab inilah cara yang paling cepat, jimat dan mudah, walaupun berasa sangat sakit, tetapi mereka masih akan picit jerawat tersebut sampai senget senget muka. kalau kuku mereka tidak jadi, dengan jarum pun jadilah, yang penting musuh mereka (jerawat itu) meletop. Tetapi selepas dapat picit jerawat tu keluar, muka mereka pun dah cedera parah dan tinggal satu parut yang besar di atas muka mereka. Jadi adakah cara picit jerawat ini betul?
Sebenarnya, kami tidak boleh picit jerawat dengan kuku kami ataupun jarum kerana jika anda picit jerawat dengan menggunakan kuku anda, ia akan menyebabkan jerawat tu dijangkit kuman, dan jerawat tu tidak hilang sebaliknya semakin teruk atau lepas beberapa hari jerawat baru akan bertumbuh lagi di tempat lain atau tempat yang sama. Selain itu, picit jerawat dengan kuku anda boleh menyebabkan parut tertinggal di muka anda kerana kami bukan orang yang pakar dalam bidang rawatan jerawat.
Dibawah adalah 6 langkah yang mudah dan betul untuk anda menhapuskan jerawat anda.
  • Anda perlu cuci tangan anda dengan sabun, bersihkan kuku anda juga, cara yang paling baik iaitu sila potong kuku anda untuk mengelak anda tersilap tangan cedera muka anda dengan kuku anda pula. Ini boleh mengelakkan jerawat tersebut jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan jerawat anda.
  • Sila cuci muka anda dengan pencuci muka yang terkandungi bahan anti-bakteria seperti OXY, GARNIER dan banyak lagi. Jika anda ada mekap, sila gunakan makap removal dulu, lepas tu baru cuci muka anda. Kulit muka kami memang sentiasa ada bakteria, peluh dan habuk, jika muka anda tidak cuci dan terus picit jerawat, bacteria di luar muka akan terus masuk ke dalam kulit anda.
  • Srub di bahagia jerawat anda selepas anda cuci muka dan urut secara lembut selama beberapa minit. Tindakan ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan anda memicit jerawat. Selain itu, untuk lagi memudahkan anda memicit jerawat nanti, sila steam muka anda selama beberapa minit sebelum nak picit jerawat.
  • Sila menggunakan sarung tangan semasa anda memicit jerawat, tidak pun sekurang-kurangnya lapik jari anda dengan tisu sebelum nak picit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh meninggalkan parut di atas muka anda.
  • Lihat secara teliti di muka anda untuk mencari “mata” jerawat tersebut, dan picit dibahagian tepi jerawat tersebut untuk mengeluarkan isinya. Urut sikit untuk memastikan isinya keluar dan ingat jangan sentuh jerawat tu dengan jari anda, kecuali waktu anda nak lapkan isi jerawat yang keluar tu. Jangan terlampu picit kerana ini akan menjadikan tempat jerawat itu menjadi parut.
  • Dan akhirnya, letakkan sikit lotion di atas jerawat tersebut untuk mengecutkan jerawat.

6 Tips Untuk Mengurangkan Jerawat Di Muka Anda.

Untuk mengurangkan jerawat di muka anda, anda boleh meniru 6 tips yang akan dikongsi di bawah dan cuba di hidup harian anda.
  • Tips pertama iaitu mencuci muka anda 2 kali sehari untuk membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit anda. Jika anda jarang menjaga kebersihan muka anda maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di muka anda. Tetapi ingat, anda jangan mencuci muka secara berlebihan kerana kelebihan mencuci muka akan meningkat produksi minyak sebaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada muka. Jadi ingat, cucilah muka anda dengan menggunakan sabun yang lembut.
  • Tips kedua iaitu lepas cuci muka atau mandi keringkan muka anda dengan handuk yang bersih dan berasing, maksub saya adalah satu handuk hanya untuk muka anda dan handuk kedua adalah untuk badan anda. Ini disebabkan bakteri suka tempat yang lembab dan hangat.
  • Terdapat satu tips yang senang tetapi ia sangat penting iaitu anda perlu sering meminum air yang masak, minimal 2 liter sehari, maka kulit anda baru akan selalu fit dan sehat. Selain itu anda juga selalu pastikan kulit anda bersih sebelum pergi ke tidur supaya kulit muka anda bergenerasi dengan baik dan juga mengurangkan habuk di permukaan kulit anda.
  • Selain itu, anda juga digalak sering memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana sayur-sayuran mengandungi vitamin E. Dengan Vitamin E kulit anda akan menjadi sehat, maka jerawat akan sukar untuk bertumbuh dan berkembang.
  • Dan akhirnya, jangan lupa memberi badan anda mendapatkan rehat yang cukup dan teratur. Ketika anda tidur, kulit anda akan bergenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya di dalam badan anda sehingga saat anda bangu,n keesokan harinya kulit kita akan kembali segar. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur.

4 Cara Mengatasi Masalah Bekas Jerawat Dengan Mudah.

Sering menghadapi Ketekanan yang berkepanjangan atau disebabkan darah anda kotor dengan dua sebab utama ini. Akibatnya, wajah muka anda dipenuhi dengan jerawat, setelah jerawat anda mengalami penyembuhan, ia akan meninggalkan bekas seperti flek hitam ataupun bekas yang berwana merah.
Dalam mengatasi masalah bekas jerawat, anda harus melakukan pembersihan wajah secara regular agar jerawat anda tidak akan kembali lagi. Selain itu, anda juga mendapat cara mencegah jerawat dengan mengunakan ubat yang diberi oleh doktor ataupun dengan mengunakan ubat tradisional yang anda boleh dapat.
Berikut adalah cara menghilangkan bekas jerawat yang diajar oleh rakan kolej saya, cara ini belum dibukti berkesan oleh siapa-siapa pakar jerawat lagi, tapi anda boleh cuba di rumah anda.
  • Jus lemon – Lap muka dengan kain tangan (baru dan bersih) yang terkandungi jus lemon secara lembut selama 5 minit. Jus lemon yang terlebih, anda boleh minum jus tersebut kerana jus lemon amat berkhasiat kepada badan kami. Selain itu, jus lemon juga mempunyai kelebihan dalam memputihkan warna kulit badan manusia.
  • Lidah buaya – Ambil Jelnya untuk cuci muka anda, selain itu anda juga boleh minum jusnya sehari sekali kerana jus lidah buaya ini amat berkhasiat kepada badan kami.
  • Madu – Dapatkan madu dan campur dengan susu untuk mencuci muka
  • Air masak – Minumkan air masak yang banyak setiap hari, 8 gelas air sehari.

Cara-Cara Menghilangkan Jerawat Anda Dengan Mudah.

Masalah jerawat boleh terlibat golongan pemuda dan juga golongan orang dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjer minyak mengelurakan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit dan jika di lapaisan luar kulit, ia akan menjadi bintik hitam, Jika radang terbentuk di sekeliling liang maka kulit kami akan menjadi kemerahan.
Semakin besar kawasan radang semakin mudah terbentuk nanh dan akan meninggalkan parut jerawat dan jika tiada diberi perawatan atau ubat yang sesuai maka parut jerawat tersebut akan sukar dihilangkan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu akan menghilangkan keyakinan diri untuk berdepan atau berinteraksi dengan orang lain.
Untuk menghilangkan masalah jerawat anda, anda perlu bermula dengan mengawal cara hidup harian anda.
  • Menjaga kebersihan wajah , anda perlu Basuh muka anda setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan goreng dan pedas.
  • Rajin minum air putih.
  • Dapatkan rehat yang cukup keran jerawat akan berbentuk ketika anda perasaan tertekan dan badan yang letih.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak menutup wajah dan jagaa rambut anda supaya tidak berminyak.
  • Basuh mekap muka sebelum tidur.
  • Elak pendedahan yang lama di bawah matahari.
  • Jangan pandai-pandai picit jerawat sendiri kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit anda akan menjadi berlubang dan berparut.

5 Kedudukan Jerawat Dan Isyarat Yang Anda Perlu Mengambil Berat.

Sebenarnya, setiap kali jerawat bertumbuh di bahagian tertentu muka anda, itu adalah isyarat daripada badan anda dan anda perlu memberi pemerhatian kepadanya. Untuk membantu anda lebih memahami isyarat badan anda sendiri, anda perlu membaca secara teliti apa yang saya tulis dibawah.

  • Jika Jerawat bertumbuh di dahi anda, ini bermakna haba badan anda melampau dan peredaran darah anda tidak baik. Kemungkinan Minda dan badan anda telah terlampau letih dan tertekanan. Untuk mengurangkan jerawat bertumbuh di dahi anda, bermula dengan hari ini, anda perlu pupuk tabiat tidur awal dan bangun awal supaya minda dan badan anda dapat rehat yang cukup. Selain itu jangan lupa minum air masak yang banyak.
  • Jerawat yang bertumbuh di batang hidung anda ini bermakna kemungkinan tulang belakang anda bermasalah dan perlu mengambil titikberat. Jika jerawat bertumbuh di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman anda tidak normal dan jika bertumbuh salah satu hujung hidung pula boleh dikaitan dengan masalah ovari atau masalah system reproduksi.
  • Apabila jerawat bertumbuh di dagu anda, ini bermakna fungsi buah pinggang anda telah terjejas atau rembesan dalaman anda lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu ini kemungkinan berpunca daripada haid yg tidak teratur atau sistem peranakan yang bermasalah.
  • Jerawat bertumbuh di pipi anda juga punyai makna yang berlain berdasarkan jerawat tersebut bertumbuh di pipi kiri atau pipi kanan anda. Jika jerawat bertumbuh di pipi kiri anda, ini bermakna fungsi hati anda mungkin kurang lancer termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan masalah penghasilan darah. Jika jerawat bertumbuh di pipi kanan anda pula, ini bermakna fungsi paru-paru anda mungkin tidak normal.
  • Dan akhirnya, jika jerawat bertumbuh di badan anda tanpa kira depan atau belakang, ini kemungkinan bermakna system perkumuhan anda bermasalah. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut pyramid pemakanan bagi mempastikan toksin yang di dalam badan anda dapat disingkir daripada badan anda dengan lebih baik.

Terdapat Masalah Jerawat? Klik Sini Untuk Dapatkan Ebook Percuma Kecantikan Muka! Dan Jangan Lupa Baca Post Kami Cara Menghilangkan Parut Jerawat | Petua Hilangkan Jerawat.