ATASI MASALAH JERAWAT ANDA SEAWAL 3 HARI!
10,000 orang yang dahulunya muka penuh berjerawat, sudah tidak lagi berjerawat selepas guna Sabun MZ. 3x Lebih Berkesan! 3x Lebih Pantas! 3x Lebih Universal! >>>KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Memahami Kesan Psikologi Daripada Masalah Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa berlaku di kalangan orang dewasa dan remaja. Masalah jerawat bukan saja menjejaskan kecantikan wajah muka anda, ia juga adalah satu punca menyebabkan orang ramai menghadapi masalah kesan psikologi dan sebagainya. Bagi mereka terdapat masalah kesan psikologi, mereka akan mula jauhi orang ramai, mereka tidak suka bersosial dengan orang lain kerana mereka berasa tidak selesa semasa berdepan di orang lain. Dalam masyarakat moden kini, rupa memainkan satu faktor yang penting dalam sosial setiap hari. Rupa anda akan mempengaruhi penilaian orang lain kepada anda, utamanya semasa anda interview kerja, kerana rupa yang bersih dan kemas dapat membantu anda menambah keyakinan diri dan keyakinan kepada majikan bakal anda. Bagi golongan remaja yang terdapat masalah kesan psikologi, mereka akan berasa tekanan sosial, dan menjadi rendah diri, kesan ini akan kekal sehingga mereka dewasa dan menjadi satu halangan dalam kehidupan mereka. 

Jerawat? Kesan Psikologi Yang Negatif? 
Menurut kajian telah menunjukkan bahawa kesan-kesan psikologi disebabkan oleh jerawat boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan sosial dan gangguan makan. Apabila remaja mengalami masalah jerawat, mereka akan berasing diri seorang daripada kumpulan rakan-rakan. 

Cara Mengatasi Masalah Kesan Psikologi Yang Disebabkan Oleh Masalah Jerawat. 
Langkah pertama - Meningkatkan imej diri dan memahami apa yang menyebabkan jerawat, dan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat. Masalah jerawat yang ringan boleh dikawal dengan melalui penjagaan kulit dan diet. Sebenarnya makanan yang anda makan juga boleh menjadi faktor meningkatkan pertumbuhan jerawat. Kepada masalah jerawat yang teruk, biasanya memerlukan bantuan pakar jerawat untuk mengubatinya. 

Bagi rakan-rakan yang berasa bahawa jerawat mereka menjadi lebih teruk, kemungkinan disebabkan mereka mengambil makanan tertentu. Jadi, mereka perlu cuba mengelak memakan makanan tersebut untuk beberapa hari. Jika masalah jerawat bertambah baik pada masa itu, anda mungkin perlu mengelakkan makanan itu selepas ini atau terus berjumpa dengan doktor untuk ujian alahan. Jika jerawat yang berkaitan dengan alergi makanan, anda mungkin perlu membuat perubahan diet anda sekarang. 

Sebenarnya, di pasaran tempat sekarang juga terdapat produk make-up dan barangan penjagaan kulit yang direka bentuk untuk menyembuhkan masalah jerawat dan menyembunyikan jerawat. Anda tidak perlu takut untuk mencuba tetapi anda perlu mengelakkan produk-produk yang mengandungi kandungan petroleum atau minyak. Biasanya, masalah jerawat adalah disebabkan oleh liang-liang muka tersumbat.

Bagi mereka yang mengalami keresahan atau kemurungan, cara terbaik untuk mengatasi masalah kesan psikologi adalah bercakap atau berkongsi perasaan mereka dengan ahli keluarga dan kawan baik. Mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kesan psikologi terjadi tetapi bagaimana pun anda juga perlu over-come masalah ini dengan ahli keluarga anda.

Ingat! Jangan takut untuk mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasi masalah jerawat anda atau apa-apa masalah emosi yang mengganggu anda.
Beranikan diri Anda dan Take Action sekarang! 


8 Petua Hilangkan Jerawat



Beberapa hari sebelum ni, blog emel kami telah penuh dengan emel-emel permintaan tentang meminta kami post lagi beberapa petua dalam menghilangkan jerawat, selepas kami membuat reseach maklumat-maklumat dan sebagainya. 

Dan inilah hasilnya, 8 Petua Hilangkan Jerawat! Selamat membaca..



Petua Hilangkan Jerawat 1
Gilingkan
daun dan beras sehingga lumat dan bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur di bawah matahari sehingga kering. Apabila anda hendak menggunakannya, titiskan sedikit air limau nipis dan sapu pada muka dengan menggunakan belahan ubi kentang.

Petua Hilangkan Jerawat 2

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan juga sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 15 - 20 minit . Kemudian basuh muka sehingga bersih. Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua Hilangkan Jerawat 3
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esok pagi, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah suam, basuhlah muka dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka dan tempat -tempat yang berparut. Selepas beberapa minit, baru basuh dengan air biasa.

Petua Hilangkan Jerawat 4
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa, kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan cara ini setiap hari dan muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua Hilangkan Jerawat 5
Ambil
air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka dan biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, basuh dengan air bersih atau jika anda ingin cepatkan berkesan, basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut, kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua Hilangkan Jerawat 6
Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan keping tomato masak. Biar ia kering dan baru anda basuh muka dengan air suam.

Petua Hilangkan Jerawat 7
 
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka dan sehingga ke leher. Biar beberapa minit supaya ia kering, kemudian basuh dengan air sejuk.

Petua Hilangkan Jerawat 8
Memakai bedak sejuk yang dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang telah ditumbuk lumat bersama sedikit kapur. Kacau semua bahan ini sehingga sebati, kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur. Selalu mengamalkan jerawat anda akan kering dan pupus .

Inilah 8 petua hilangkan jerawat yang kami ingin berkongsi dengan anda hari ini, walaupun petua-petua diatas agar mudah dibuat, tapi kesannya memang amat berpuas hati. Yang penting, anda perlu bersabar dan jangan putus asa. Tak kira berapa hebat petua atau cara menghilangkan jerawat dikongsikan, tanpa "action" anda sendiri, semua petua dan cara adalah useless.

Take Action lah Hari ini!


Terdapat Masalah Jerawat? Klik Sini Untuk Dapatkan Ebook Percuma Kecantikan Muka! Dan Jangan Lupa Baca Post Kami Cara Menghilangkan Parut Jerawat | Petua Hilangkan Jerawat.