Masalah jerawat boleh terlibat golongan pemuda dan juga golongan orang dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjer minyak mengelurakan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit dan jika di lapaisan luar kulit, ia akan menjadi bintik hitam, Jika radang terbentuk di sekeliling liang maka kulit kami akan menjadi kemerahan.
Semakin besar kawasan radang semakin mudah terbentuk nanh dan akan meninggalkan parut jerawat dan jika tiada diberi perawatan atau ubat yang sesuai maka parut jerawat tersebut akan sukar dihilangkan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu akan menghilangkan keyakinan diri untuk berdepan atau berinteraksi dengan orang lain.
Untuk menghilangkan masalah jerawat anda, anda perlu bermula dengan mengawal cara hidup harian anda.
- Menjaga kebersihan wajah , anda perlu Basuh muka anda setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan goreng dan pedas.
- Rajin minum air putih.
- Dapatkan rehat yang cukup keran jerawat akan berbentuk ketika anda perasaan tertekan dan badan yang letih.
- Pilih fesyen rambut yang tidak menutup wajah dan jagaa rambut anda supaya tidak berminyak.
- Basuh mekap muka sebelum tidur.
- Elak pendedahan yang lama di bawah matahari.
- Jangan pandai-pandai picit jerawat sendiri kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit anda akan menjadi berlubang dan berparut.