ATASI MASALAH JERAWAT ANDA SEAWAL 3 HARI!
10,000 orang yang dahulunya muka penuh berjerawat, sudah tidak lagi berjerawat selepas guna Sabun MZ. 3x Lebih Berkesan! 3x Lebih Pantas! 3x Lebih Universal! >>>KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

8 Petua Hilangkan Jerawat



Beberapa hari sebelum ni, blog emel kami telah penuh dengan emel-emel permintaan tentang meminta kami post lagi beberapa petua dalam menghilangkan jerawat, selepas kami membuat reseach maklumat-maklumat dan sebagainya. 

Dan inilah hasilnya, 8 Petua Hilangkan Jerawat! Selamat membaca..



Petua Hilangkan Jerawat 1
Gilingkan
daun dan beras sehingga lumat dan bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur di bawah matahari sehingga kering. Apabila anda hendak menggunakannya, titiskan sedikit air limau nipis dan sapu pada muka dengan menggunakan belahan ubi kentang.

Petua Hilangkan Jerawat 2

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan juga sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 15 - 20 minit . Kemudian basuh muka sehingga bersih. Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua Hilangkan Jerawat 3
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esok pagi, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah suam, basuhlah muka dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka dan tempat -tempat yang berparut. Selepas beberapa minit, baru basuh dengan air biasa.

Petua Hilangkan Jerawat 4
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa, kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan cara ini setiap hari dan muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua Hilangkan Jerawat 5
Ambil
air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka dan biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, basuh dengan air bersih atau jika anda ingin cepatkan berkesan, basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut, kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua Hilangkan Jerawat 6
Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan keping tomato masak. Biar ia kering dan baru anda basuh muka dengan air suam.

Petua Hilangkan Jerawat 7
 
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka dan sehingga ke leher. Biar beberapa minit supaya ia kering, kemudian basuh dengan air sejuk.

Petua Hilangkan Jerawat 8
Memakai bedak sejuk yang dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang telah ditumbuk lumat bersama sedikit kapur. Kacau semua bahan ini sehingga sebati, kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur. Selalu mengamalkan jerawat anda akan kering dan pupus .

Inilah 8 petua hilangkan jerawat yang kami ingin berkongsi dengan anda hari ini, walaupun petua-petua diatas agar mudah dibuat, tapi kesannya memang amat berpuas hati. Yang penting, anda perlu bersabar dan jangan putus asa. Tak kira berapa hebat petua atau cara menghilangkan jerawat dikongsikan, tanpa "action" anda sendiri, semua petua dan cara adalah useless.

Take Action lah Hari ini!


Terdapat Masalah Jerawat? Klik Sini Untuk Dapatkan Ebook Percuma Kecantikan Muka! Dan Jangan Lupa Baca Post Kami Cara Menghilangkan Parut Jerawat | Petua Hilangkan Jerawat.