Jerawat boleh
meninggalkan kulit yang berparut dan merah. Kadang-kadang, parut yang
ditinggalkan oleh jerawat akan menjadi ringan selepas satu tempoh masa yang
panjang tetapi biasanya peluang ini boleh dikira hampir 0.1% saja. Biasanya
golongan yang bekerja di tempat awan dan perlu berdepan di orang ramai akan menggunakan
make-up untuk cover parut jerawat mereka. Parut jerawat agak mudah untuk menyembunyikan
bagi mereka yang terdapat parut jerawat yang sikit, atau parut jerawat mereka telah
dirawat pada peringkat awal di permulaan.
Masalah parut
jerawat yang teruk disebabkan oleh pertumbuhan jerawat yang terlalu berpusat,
biasanya masalah tersebut memerlukan melibatkan beberapa bentuk pembedahan
kosmetik untuk menghilangkannya kerana parut jerawat yang teruk adalah lebih
sukar untuk menyembunyikan dengan menggunakan make-up sahaja.
Untuk masalah parut
jerawat yang ringan, produk kosmetik boleh menjimatkan perbelanjaan dalam perubatan
menghilangkan parut jerawat oleh seorang pakar jerawat atau pakar bedah
kosmetik. Tapi make-up akan membentukkan jerawat yang kecil, jika pembersihan
make-up di muka anda tidak cukup. Sebenarnya produk make-up boleh meningkatkan
penampilan wajah anda, memberi kulit pipi anda licin, segar, dan wajah yang cerah.
Tetapi apakah produk yang betul-betul berkesan kepada anda?
Apabila membuat
pilihan produk kosmetik yang digunakan untuk cover jerawat dan parut, anda perlu
elakkan daripada produk yang boleh menyumbat liang roma anda, akibat mewujudkan
bintik hitam yang boleh menyebabkan masalah jerawat yang teruk. Produk yang
mengandungi minyak dan bahan dari petroleum akan menyebabkan bintik hitam dan
harus dielakkan. Jadi, anda perlu memilih produk-produk yang tidak mengandungi
bahan tambahan tersebut. Semak label produk dengan berhati-hati semasa anda
membuat pilihan produk.
Walaupun di
pasaran sekarang terdapat pelbagai produk untuk jerawat, tapi biasanya kebanyakan
pengguna juga akan mengutamakan kosmetik yang "biasa" saja. Jangan
takut untuk melakukan percubaan sehingga anda menjumpai produk yang sesuai untuk
keperluan kulit anda. Selain itu, doktor-doktor jerawat di klinik juga terdapat
menghasilkan produk jerawat jenama mereka sendiri, sebenarnya jika anda betul
berminat, anda boleh bercuba meminta sampel daripada mereka.
Jika anda
mempunyai kes sensitif kulit sebelum ni, anda perlu memilih kosmetik yang ringan dan
tidak berminyak. Sebenarnya, terdapat banyak produk kosmetik yang khas
kepada kulit sensitif saja di pasaran. Pengguna yang mempunyai kulit berminyak
harus mempertimbangkan menggunakan serbuk berwarna kerana ia boleh membantu
mengawal minyak dan mengurangkan ‘shininess’.
Kadang-kadang,
produk jerawat mungkin akan berkesan untuk anda, terutamanya jika anda memakai produk
tersebut dalam satu tempoh masa yang panjang. Tapi anda perlu berhati-hati
dengan produk-produk yang dihasil untuk merawat masalah jerawat kerana kebanyakan
produk ini adalah pengeringan kulit. Seperti apa yang saya berkata sebelum ini,
jangan takut untuk bercuba dengan produk yang anda berminat kerana banyak
produk di pasaran juga boleh didapati dalam bentuk sampel supaya anda boleh
menguji mereka.
Berhati-hatilah
apabila memilih serbuk atau asas yang anda pilih produk yang tidak memudaratkan
pada kulit muka anda. Jangan gunakan produk akan mengupas kulit muka anda, menyebabkan
gatal-gatal, atau membakar. Jenis produk ini merosakkan kulit anda dan ia hanya
akan menambah teruk masalah perut jerawat anda sahaja.
Apabila
menggunakan make-up untuk menyembunyikan parut jerawat, jangan menggunakan warna
yang terlalu gelap atau terlalu ringan. Pilih warna yang sesuai dengan kulit
anda, dan sapu sama rata ke atas permukaan kulit anda. Jangan hanya menumpukan
kepada parut jerawat saja, kerana ini hanya akan menarik mata orang lain ke
bahagian itu sahaja.
Bagaimanapun hanya bergantung kepada make-up untuk cover semua parut jerawat anda bukan satu tindakan yang bijak kerana make-up hanya dapat memberi bantuan kepada anda sementara sahaja. Untuk menghilangkan parut jerawat anda, anda perlu satu pencuci muka yang betul-betul berkesan kepada anda!