Dibawah adalah tips-tips yang mudah dibaca dan mengamalkan.
Selamat membaca!
Menghilangkan Tahi Lalat
Mula-mula ambil nanas dan limau purut yang telah dikisar ,
sapukan di bahagian tumbuhnya tahi lalat tersebut. Cuba Tiga kali sehari
sehingga ia hilang. Anda akan mendapat hasil yang terbaik, jika anda selalu mengamalkannya.
Kulit Muka Licin Berseri
Dapatkan yogurt asli dan sapu pada muka dan buat seperti
masker. Biarkan selama beberapa minit sehingga yogurt tersebut kering dan baru
basuh muka anda. Cuba tiga kali seminggu dan anda akan nampak hasilnya, muka anda
akan kelihatan licin, berseri, dan segar.
Menaikkan Seri Muka Anda
Sebenarnya, air kelapa boleh menyerikan kulit muka anda.
Ambil air kelapa dan sapu ke muka anda dan biarkan ia kering. Selepas itu, baru
cuci muka anda. Amalkanlah selalu kulit muka anda akan berseri dan parut dimuka akan beransur hilang.
Mencantikan Kulit Muka Anda
Sapu muka dengan putih telur
dan biar ia hingga kering, basuh muka dengan air suam dan sapukan limau
nipis dan basuh muka lagi dan akhirnya lap muka dengan tuala yg bersih. Amalkan
sekali sehari dan masalah jerawat akan dikurangkan dan menegangkan kulit muka
yang kendur.
Petua Kekalkan Kelihatan Muda
Selepas bangun pagi dari tidur, minum air masak sebanyak 3
gelas sebelum anda berbasuh muka dan gosok gigi. Amalkan setiap pagi dan lihatlah kesannya.
Jika anda berasa tips-tips yang dikongsikan diatas dapat memberi manfaat kepada anda, sila bertekan butang "Share" di sebelah kiri post ini dan berkongsi dengan rakan-rakan lain anda.