Kami faham perasaan anda apabila terdapat jerawat bertumbuh di muka anda, anda akan berasa tidak tidak selesa dan juga rasa stress. Rasa geram nak picit sajalah, tangan anda pun bermula merayap dan pegang pegang jerawat tersebut.
Ramai orang antara kita suka picit jerawat dengan kuku mereka sebab inilah cara yang paling cepat, jimat dan mudah, walaupun berasa sangat sakit, tetapi mereka masih akan picit jerawat tersebut sampai senget senget muka. kalau kuku mereka tidak jadi, dengan jarum pun jadilah, yang penting musuh mereka (jerawat itu) meletop. Tetapi selepas dapat picit jerawat tu keluar, muka mereka pun dah cedera parah dan tinggal satu parut yang besar di atas muka mereka. Jadi adakah cara picit jerawat ini betul?
Sebenarnya, kami tidak boleh picit jerawat dengan kuku kami ataupun jarum kerana jika anda picit jerawat dengan menggunakan kuku anda, ia akan menyebabkan jerawat tu dijangkit kuman, dan jerawat tu tidak hilang sebaliknya semakin teruk atau lepas beberapa hari jerawat baru akan bertumbuh lagi di tempat lain atau tempat yang sama. Selain itu, picit jerawat dengan kuku anda boleh menyebabkan parut tertinggal di muka anda kerana kami bukan orang yang pakar dalam bidang rawatan jerawat.
Dibawah adalah 6 langkah yang mudah dan betul untuk anda menhapuskan jerawat anda.
- Anda perlu cuci tangan anda dengan sabun, bersihkan kuku anda juga, cara yang paling baik iaitu sila potong kuku anda untuk mengelak anda tersilap tangan cedera muka anda dengan kuku anda pula. Ini boleh mengelakkan jerawat tersebut jangkitan kuman dan melambatkan proses penyembuhan jerawat anda.
- Sila cuci muka anda dengan pencuci muka yang terkandungi bahan anti-bakteria seperti OXY, GARNIER dan banyak lagi. Jika anda ada mekap, sila gunakan makap removal dulu, lepas tu baru cuci muka anda. Kulit muka kami memang sentiasa ada bakteria, peluh dan habuk, jika muka anda tidak cuci dan terus picit jerawat, bacteria di luar muka akan terus masuk ke dalam kulit anda.
- Srub di bahagia jerawat anda selepas anda cuci muka dan urut secara lembut selama beberapa minit. Tindakan ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan anda memicit jerawat. Selain itu, untuk lagi memudahkan anda memicit jerawat nanti, sila steam muka anda selama beberapa minit sebelum nak picit jerawat.
- Sila menggunakan sarung tangan semasa anda memicit jerawat, tidak pun sekurang-kurangnya lapik jari anda dengan tisu sebelum nak picit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh meninggalkan parut di atas muka anda.
- Lihat secara teliti di muka anda untuk mencari “mata” jerawat tersebut, dan picit dibahagian tepi jerawat tersebut untuk mengeluarkan isinya. Urut sikit untuk memastikan isinya keluar dan ingat jangan sentuh jerawat tu dengan jari anda, kecuali waktu anda nak lapkan isi jerawat yang keluar tu. Jangan terlampu picit kerana ini akan menjadikan tempat jerawat itu menjadi parut.
- Dan akhirnya, letakkan sikit lotion di atas jerawat tersebut untuk mengecutkan jerawat.